Hospital Selayang kini hospital Covid-19 sepenuhnya

0
1

HOSPITAL Selayang kini bertukar status daripada hospital hibrid kepada hospital Covid-19 sepenuhnya berkuat kuasa semalam.

Perkembangan itu dimaklumkan pengurusan Hospital Selayang menerusi satu hantaran di Facebook rasminya hari ini.

“Sebarang pertukaran tarikh temujanji akan dimaklumkan kepada pesakit dalam masa terdekat.

Kerjasama anda semua dalam perkara ini amat dihargai,” tulis Hospital Selayang menerusi hantaran tersebut.

Dengan pertukaran status itu, Hospiotal Selayang menjadi hospital ketiga berstatus hospital Covid-19 penuh di Selangor selain Hospital Sungai Buloh dan Hospital Ampang.

Pengarah Kesihatan Selangor, Datuk Dr Sha’ari Ngadiman sebelum ini dilaporkan berkata sebuah lagi hospital di negeri itu akan dijadikan hospital merawat pesakit Covid-19 sepenuhnya, selain dua hospital berkenaan.

Ia sebagai strategi mendepani kemasukan pesakit Covid-19 yang tinggi di Selangor.

Kes harian Covid-19 di Selangor terus mencatatkan angka tertinggi dalam negara setiap hari dengan semalam sahaja merekodkan 5,550 lagi kes baharu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here