Warga emas tinggal dalam kereta bersama kucing, dapat rumah sewa

0
1

SEORANG lelaki warga emas menangis selepas mendapat bantuan rumah sewa diusahakan pendakwah, Ebit Lew.

Warga emas berumur 75 tahun itu sudah dua bulan tinggal dan tidur dalam kereta bersama kucing-kucing dibelanya di bawah jejantas berhampiran Pasar Seni di ibu negara.

Menurut perkongsian Ebit di Facebooknya, warga emas berkenaan hidup sebatang kara kerana tiada lagi sesiapa yang dapat menjadi tempatnya bergantung harap.

Pakcik tersebut ditemui Ebit sehari sebelum Aidiladha dan warga emas terbabit memaklumkan dia akan menyambut raya korban di dalam keretanya.

“Baik sangat orangnya. Jaga kucing dalam kereta. Sedih tengok keadaan pakcik ni. Tiada sesiapa dah. Katanya hidupnya jatuh ditimpa tangga. Tiba-tiba menangis.

“Pakcik esok dah Raya Haji. Raya dalam ni saja ke. Ada sesiapa saya boleh hubungi,” tanya Ebit kepada warga emas tersebut.

Lelaki warga tua itu kemudian memaklumkan dia hidup sendirian menyebabkan Ebit menawarkan untuk menyewakan sebuah rumah untuknya tinggal bersama kucing-kucing peliharaannya

“Pakcik terus menangis. Kenapa menangis pakcik. Ramai juga bantu. Tak sangka boleh dapat rumah terus. Terus ajak cari peti ais, mesin basuh, dan katil.

“Pakcik kata takperlah ustaz. Dapat rumah pun dah cukup. Banyak sangat ni. Malu saya. Macam mana saya nak bayar semula. Cukup doa saja pakcik.

“Ini berkat pakcik sayang kucing. Allah bagi rezeki. Kita bertemu. Beri sedikit duit belanja dan saya bawa ke Elewsmart beli makanan kucing, pasir kucing, dan sedikit bekalan makanan,” tulisnya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here