Azeez dinasihatkan pulang segera

0
1

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menasihati Kumpulan Bantuan Kemanusian ke Palestin (HM4P) pulang segera ke tanah air susulan keadaan yang tidak menentu di Gaza.

Menerusi hantaran Facebook, Ismail Sabri berkongsi beliau telah mengadakan sidang video dengan HM4P yang diketuai oleh Datuk Seri Abdul Azeez Abd Rahim hari ini.

Selain bertanya khabar, Ismail Sabri turut tidak lupa mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada mereka yang kini berada di Mesir demi menjayakan misi membantu rakyat Palestin.

“Oleh kerana keadaan di Gaza masih tidak menentu, maka saya menasihati Datuk Seri Azeez dan team untuk pulang dulu ke Malaysia. InsyaAllah jika keadaan stabil mereka boleh ke Gaza semula,” katanya.

Misi HM4P bermula 19 Jun lalu bertujuan menyatakan solidariti rakyat Malaysia kepada warga Palestin selain menyalurkan bantuan kemanusiaan dalam bentuk kewangan, bekalan makanan dan ubat-ubatan kepada Masjid Al-Aqsa di Baitulmuqaddis, Tebing Barat dan warga Palestin terjejas di Gaza yang diserang tentera Israel pada Mei lalu.

Serangan rejim Israel ke atas wilayah konflik Gaza yang berakhir dengan gencatan senjata pada 21 Mei lalu menyaksikan kemusnahan harta benda ratusan juta dolar selain mengorbankan lebih 250 warga Palestin, termasuk 66 kanak-kanak. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here