Selamba kanak-kanak ni panggil PM dengan nama sahaja

0
1

MUHYIDDIN Yassin lah, itulah aksi spontan seorang kanak-kanak yang teruja apabila Perdana Menteri tiba-tiba muncul di muka pintu rumahnya.

Dia berkata demikian ketika menyambut kehadiran Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang datang ke rumahnya untuk mengagihkan daging korban hari ini.

Aksinya yang bersahaja namun mencuit hati itu dapat ditonton menerusi video yang tular di media sosial.

“Ini Muhyiddin Yassin ke?,” tanya kanak-kanak lelaki itu selamba sambil menerima bungkusan daging korban daripada Perdana Menteri.

“Kenal ke?,” balas Perdana Menteri.

“Kenal, Muhyiddin Yassin yang kat dalam tv. Aah lah kan,” katanya sambil meminta kepastian daripada ibunya.

Difahamkan, Perdana Menteri petang tadi telah mengagihkan daging korban di sekitar Sentul, Kuala Lumpur.

Sebelum mengundur diri, Muhyiddin sempat menasihatkan keluarga itu agar menjaga diri, duduk di rumah dan tidak keluar jika tiada keperluan yang mustahak.

Rata-rata netizen yang menonton video ini terhibur dengan cara Perdana Menteri melayan kanak-kanak itu yang gembira berjumpa individu nombor satu negara.

Malah, netizen memuji Perdana Menteri yang tidak menunjukkan aksi kecil hati dengan gelagat kanak-kanak lelaki itu yang selamba menyebut namanya sahaja. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here