Parlimen: Jadual penerbangan penuh, Wilfred terpaksa bertolak ke KL awal

0
2

AHLI Parlimen dari Sabah Datuk Seri Wilfred Madius Tangau bertolak ke Kuala Lumpur hari ini untuk menjalani saringan Covid-19 bagi menghadiri sidang Parlimen 26 Julai ini.

Menerusi hantaran di Facebook, Wilfred berkata, beliau terpaksa berlepas awal ke Kuala Lumpur kerana jadual penerbangan penuh.

“Terpaksa ambil penerbangan yang lebih awal ke KL untuk hadir persidangan Parlimen pada 26 Julai 2021 untuk urusan swab test di Parlimen pada Jumaat nanti. Penerbangan pula penuh. Terberkatilah,” katanya.

Ahli Parlimen Tuaran itu juga berkongsi suasana pesawat yang dinaikinya itu dalam keadaan kapasiti penuh penumpang selain tiada penjarakan sosial.

“Penerbangan penuh. Selain daripada pakai pelitup muka penjarakan tiada. Bila makan pelitup mukapun buka juga. Bikin takut juga,” katanya.

Setelah hampir lapan bulan digantung, kerajaan memutuskan untuk mengadakan persidangan Parlimen selama lima hari bermula 26 Julai ini secada hibrid.

Hanya 88 Ahli Parlimen dibenarkan mengikuti persidangan secara bersemuka di Dewan Rakyat, manakala yang lain mengikutinya menerusi sidang maya. – Malaysiapost

Foto Kredit: FB/Wilfred Madius Tangau

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here