Kes harian turun sedikit, namun masih melebihi 10,000

0
2
Petugas membawa alatan saringan Covid-19 di pekarangan Dewan Seri Siantan Sungai Tua hari ini.

JUMLAH jangkitan harian Covid-19 turun sedikit hari ini, namun masih merekodkan lima angka iaitu 11,985 kes.

Menerusi kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan sehingga hari ini Malaysia telah merekodkan keseluruhan kes positif Covid-19 sebanyak 951,884 kes.

Selangor terus menjadi negeri paling ramai dijangkiti kes harian positif Covid-19 iaitu sebanyak 5,550 kes sekali gus merekodkan kes kumulatif sebanyak 337,897.

Kuala Lumpur juga merekodkan empat angka iaitu sebanyak 1,174 kes postif Covid-19, diikuti Kedah (800), Negeri Sembilan (745), Johor (644) dan Pahang (603).

Manakala tujuh negeri merekodkan kes jangkitan di bawah 500 iaitu Sabah sebanyak 474 kes, Melaka (453), Kelantan (386), Pulau Pinang (362), Perak (274), Sarawak (261), dan Terengganu (171).

Sementara itu, 51 kes direkodkan di Putrajaya, manakala Labuan hanya 35 kes dan Perlis dua kes. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here