Ebit Lew jawab segala fitnah esok

0
1
{"uid":"3F5F2710-B87A-4FF5-86BA-45E10FB6FDE2_1626875105746","source":"other","origin":"unknown"}

PENDAKWAH dermawan, Ebit Lew dijangka bakal mengadakan sidang media esok bagi menjawab tuduhan dilemparkan terhadapnya termasuk dalam misi kemanusiaan ke Gaza, Palestin, bulan lalu. 

Ebit memaklumkan sidang media secara dalam talian itu akan diadakan jam 12 tengah hari. 

Menurutnya, beliau ingin membersihkan namanya selepas lama berdiam dirinya menyebabkan ahli keluarganya kecewa dan terluka  

“Saya redha pada Allah. Saya diam belum ada sepatah atau kenyataan dari saya. Makin ramai buat kenyataan tentang saya.  

“Ini tentang saya,keluarga dan team saya. Menyebabkan arwah bapa saya menangis. Isteri dan anak saya menangis tertekan. Saya benar-benar kecewa dan sedih. Saya berdoa dan serahkan semuanya pada Allah,” katanya di Facebook malam ini.  

Terdahulu, Ebit membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi dipercayai berkaitan isu misi kemanusiaan di Gaza, Palestin, baru-baru ini. 

Beliau berkata sebagai umat Islam dirinya diajar untuk bersyukur kepada Allah dan tidak menjawab dan bergaduh dari kecil. 

“Tapi semenjak di Mesir fitnah dan kata sinis terus menimpa saya. Dari dulu lagi saya dah biasa difitnah dan dikata begini. Saya bersyukur kerana apalah sangat ujian ini.  

“Tapi bila anak saya menangis, arwah ayah saya menangis, isteri saya menangis,isteri kepada team saya menangis. Kami cuma manusia biasa.  

“Penat, letih dan berat ujian. Ratusan ribu orang melihat fitnah tentang saya. Hari ini masih belum habis. Pagi ni anak saya peluk saya menangis. Cukuplah,” ujarnya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here