Pengarah Kesihatan Terengganu, 4 doktor dianugerah gelaran Datuk

0
1

PENGARAH Kesihatan Terengganu, Dr Nor Azimi Yunus, antara empat doktor dikurniakan Darjah Kebesaran Dato’ Paduka Mahkota Terengganu (D.P.M.T.) yang membawa gelaran Datuk.

Turut menerimanya ialah Pakar Perunding Perubatan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Dr Ahmad Kashfi Ab Rahman; dan Pakar Perunding Anesthesiologi & Intensivist HSNZ, Dr Mohd Ridhwan Mohd Noor.

Selain itu, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dr Kasemani Embong dan Ketua Penolong Pengarah Kanan (Primer)/Ketua Bilik CPRC COVID-19 Pejabat Kesihatan Terengganu, Dr Hasnan Arwit @ Hassan, lapor Bernama.

Jaguh berbasikal trek negara, Mohd Azizulhasni Awang turut dikurniakan D.P.M.T. yang membawa gelaran Datuk.

Setiausaha Dewan Pangkuan Diraja Terengganu Datuk Isa @ Ghazali Endut menerusi kenyataan hari ini berkata pengurniaan Bintang-Bintang Darjah Kebesaran Negeri Terengganu oleh Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin bagi tahun 2021 itu berkuatkuasa mulai hari ini.

Sultan Terengganu juga berkenan menganugerahkan Darjah Kebesaran D.P.M.T kepada empat lagi individu iaitu Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Diraja Sultan Mizan, Azri Sani Mazlan; dan Pengerusi Eksekutif Hours Intertrade (M) Sdn Bhd Md Nor Ismail.

Ahli Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu, Mohamad Zahari Harun serta Pengarah Urusan Arup Jururunding Sdn Bhd, Ir Wan Anuar Wan Endut.

Selain itu, Sultan Mizan mengurniakan Darjah Kebesaran Setia Mahkota Terengganu (S.M.T.) kepada empat lagi doktor iaitu Pakar Patologi HSNZ Dr Fatimah Haslina Abdullah, Ketua Penolong Pengarah Kanan (Primer)/Ketua Bilik CPRC Pejabat Kesihatan Negeri Terengganu Dr Azmani Wahab, Timbalan Pengarah Kesihatan (Perubatan) Dr Saifur Rahman Muhammad dan Pengarah Hospital Hulu Terengganu Dr Mohamad Yurzi Mat Rani @ Ghani.

Ketua Setiausaha Negara Mohd Zuki Ali dikurniakan Darjah Kebesaran Seri Setia Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu (S.S.M.Z.) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Isa berkata Istiadat Pengurniaan Bintang-Bintang Darjah Kebesaran Negeri Terengganu Tahun 2021 itu akan diadakan pada satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here