TUNKU Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berikan kata-kata semangat kepada pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew untuk terus membantu rakyat meskipun dikritik dan dipersoalkan niat oleh sesetengah pihak.
Difahamkan, kata-kata semangat dizahirkan Tunku Ismail itu susulan kontroversi yang tercetus selepas penyanyi rap, Caprice menegur Ebit berhubung misi kemanusiaan di Gaza, Palestin baru-baru ini.
“Yang penting keikhlasan, niat baik dan usaha. Teruskan membantu rakyat ustaz,” kata Tunku Ismail menerusi story Instagram semalam.
Dalam entri yang sama, Ebit turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Tunku Mahkota Johor kerana mengambil berat tentang dirinya serta pemergian bapanya yang meninggal dunia Selasa lalu. – Malaysiapost
Caprice semalam menerusi hantaran mesej melalui WhatsApp kepada Ebit Lew menyatakan tindakan pendakwah itu yang lebih menyantuni orang dan kanak-kanak miskin di sana, dilihat tidak wajar baginda penduduk Palestin yang lain.
“Ada beberapa pihak tak senang tengok gambar-gambar Ustaz yang hanya ‘highlight’ orang dan budak miskin,” katanya.
Caprice juga berkata tidak salah tindakan Ebit membantu orang miskin di sana namun di bumi Palestin, jika kita menyebut solidariti, rakyat berkenaan faham bahawa mereka juga perlu ‘diraikan’ supaya dunia dapat melihat perjuangan dan semangat mereka.
Bagaimanapun, teguran terbuka itu, menyebabkan Caprice mendakwa disekat dari mengikuti Instagram Ebit. – Malaysiapost

