
JUMLAH kes harian baharu Covid-19 masih berada pada lima angka dengan kes dicatatkan hari ini adalah sebanyak 12,528 kes menjadikan keseluruhan kes kini menghampiri sejuta kes iaitu 905,851 kes.
Berdasarkan data dan infografik dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Facebooknya hari ini, Selangor mencacatkan kes harian tertinggi iaitu 4,985 kes (317,591 kes kumulatif), diikuti Kuala Lumpur 1,740 kes (97,618 kes kumulatif).
Negeri Sembilan mencatatkan 1,280 kes (60,258 kes kumulatif), manakala Kedah 701 kes (31,854 kes kumulatif), Sabah 647 kes (74,479 kes kumulatif) dan Johor 625 kes (77,870 kes kumulatif)
Melaka pula merekodkan 569 kes (24,763 kes kumulatif), Perak 428 kes (30,842 kes kumulatif), Pulau Pinang 396 kes (38,575 kes kumulatif) dan Sarawak 388 kes (71,039 kes kumulatif).
Di Pahang kes harian baharu yang dicatatkan adalah 317 kes (18,104 kes kumulatif), manakala Kelantan 211 kes (37,412 kes kumulatif), Terengganu 177 kes (12,530 kes kumulatif), Labuan 22 kes (9,377 kes kumulatif), Putrajaya 41 kes (2,917 kes kumulatif) dan Perlis mencatatkan satu kes baharu menjadikan 622 kes kumulatif. – Malaysiapost
