Percaya vaksin, percaya data – Noor Hisham

0
1
Vaksin AstraZaneca di PWTC.

KETUA Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah meminta rakyat dan semua pihak agar mempercayai vaksin Covid-19 serta data berkaitannya.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan orang ramai agar mendapatkan vaksin 19 sambil terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dalam usaha memutuskan rantaian Covid-19.

“Percaya vaksin, percaya data, dapatkan vaksin dan terus mematuhi SOP.

“Kita sekarang melihat di seluruh dunia bagaimana Covid-19 dengan cepat mengubah arah menjadi pandemik orang yang tidak divaksinasi.

“Oleh itu, mari bekerjasama untuk memastikan semua orang selamat di mana sahaja,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.

Beliau turut berkongsi tangkap layar kapsyen bergambar tertulis ‘definasi vaksinasi lengkap adalah hanya selepas dua minggu selepas suntikan dos terakhir atau dos kedua’.

Kapsyen turut tertulis ‘Tiada sesiapa terjamin selamat sehingga semua orang selamat’.

Setakat semalam, sebanyak 13,107,716 dos vaksin melibatkan dos pertama dan kedua telah diberikan sejak program vaksinasi negara bermula pada 24 Februari lalu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here