Trafik di Plaza Tol Gombak kembali lancar, terkawal

0
1

TRAFIK di Plaza Tol Gombak serta Plaza Tol Bentong di Pahang yang sesak menjelang tengah hari tadi, kini dilaporkan lancar dan terkawal.

Menurut makluman di Facebook Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) trafik sesak sebelum masuk Plaza Tol Gombak arah ke Barat dan Kuala Lumpur serta sebelum memasuki Plaza Tol Bentong arah ke Timur/Kuantan menjelang tengah hari tadi.

Difahamkan, kesasakan berlaku susulan pemeriksaan ketat oleh anggota polis terutama mengesan kemungkinan ada individu cuba pulang ke kampung sempena Aidiladha.

Setakat jam 1.48 tengah hari tadi, LLM memaklumkan di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK), trafik masih sesak sebelum masuk Plaza Tol Gambak arah ke Barat/Kuala Lumpur.

Bagaimanapun dalam hantaran terbaharu, LLM memaklumkan pada jam 3.39 petang, trafik lancar dan terkawal sebelum keluar Plaza tol Gombak menghala ke arah Barat/Kuala Lumpur. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here