Pahang beri diskaun 50 peratus kepada penyewa PBT

0
1

KERAJAAN negeri menawarkan pemberian diskaun sebanyak 50 peratus untuk bayaran sewa bagi premis milik pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh Pahang selama empat bulan bermula Jun lalu.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, berkata perkara itu diputuskan selepas mendapat persetujuan dalam mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) negeri, kelmarin.

Katanya, pemberian diskaun hingga September depan itu akan memberi manfaat kepada 6,237 penyewa, peniaga termasuklah penjaja.

Beliau berkata, pemberian diskaun itu juga bertujuan meringankan beban golongan berkenaan yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

“Melalui pemberian diskaun ini, kadar sewa bulanan tertinggi sebanyak RM9,000 hanya perlu dibayar RM4,500.

“Bagi kadar sewa bulanan terendah RM10 untuk petak penjaja di pasar pula, bayaran selepas diskaun ialah RM5,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, pemberian diskaun itu, semua PBT di Pahang mengorbankan hasil kutipan bulanan kira-kira RM1.3 juta atau kira-kira RM5.2 juta selama empat bulan tersebut.

“Inilah pengorbanan besar dilakukan PBT dan diharapkan penyewa, peniaga serta penjaja menghargainya.

“Kerajaan negeri juga berharap pemberian diskaun hingga 50 peratus ini dapat melegakan mereka,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here