Lebih 20 kes positif Covid-19 di Parlimen – Rais Yatim

0
1

YANG di-Pertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim berkata, terdapat lebih 20 kes positif Covid-19 yang berlaku di Parlimen ketika ini.

Kenyataan beliau itu sekali gus mengesahkan laporan bahawa terdapat kes positif Covid-19 di Parlimen yang menyebabkan ramai menjadi kontak rapat daripada kes tersebut.

“Saya dimaklumkan tidak kurang 12 yang positif, saya yang duduk di kerusi, sangat berjaga-jaga dan rakan-rakan yang nak berjumpa di Parlimen pun kita tidak benarkan.

“Itu menjadi punca yang sangat menggerunkan kerana dilapor sekarang varian Delta tidak perlu menerusi perantaraan dan ia boleh disebarkan menerusi pengudaraan sahaja. Dalam soal ini kita risau dan minta dijauhkan,” katanya memetik laporan Utusan Malaysia.

Semalam, media melaporkan seorang pegawai Parlimen yang tidak mahu dinamakan berkata, jangkitan kes Covid-19 banyak berlaku kepada polis bantuan di Parlimen.

Keadaan itu sekali gus menimbulkan kebimbangan banyak pihak apabila sidang Dewan Rakyat akan berlangsung pada 26 Julai ini.

Rais bagaimanapun menjelaskan Sidang Khas Dewan Rakyat itu akan tetap berlangsung kerana desakan daripada banyak pihak dan saranan Yang di-Pertuan Agong supaya bersidang dengan segera.

Dalam hal ini, katanya, pihak Parlimen sudah pasti akan mengetatkan lagi prosedur operasi standard (SOP) sebelum masuk ke kawasan itu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here