Aidiladha: Perjumpaan khas keluarga di PUSPEN ditangguh

0
2
logo puspen

AGENSI Antidadah Kebangsaan (AADK) menangguhkan semua program lawatan dan perjumpaan khas keluarga bersama klien di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) di seluruh negara sempena sambutan Aidiladha bagi tahun ini.

Umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidiladha yang jatuh pada Selasa, 20 Julai.

AADK dalam kenyataan di bawah Kementerian Dalam Negeri berkata, perkara tersebut diputuskan sebagai usaha dan langkah agensi untuk mencegah penularan jangkitan Covid-19 dengan melihat situasi semasa sistem kesihatan dan Pelan Pemulihan Negara (PPN).

“Bagaimanapun, agensi menyediakan medium panggilan video sebagai menggantikan kaedah bersemuka kepada keluarga sempena sambutan tersebut.

“Bagi tujuan itu, AADK meminta agar semua keluarga yang ingin membuat panggilan video tersebut untuk membuat tempahan terlebih dahulu dengan menghubungi PUSPEN yang berkenaan untuk urusan janji temu,” katanya dalan kenyataan hari ini.

Katanya, PUSPEN berkaitan juga akan menetapkan tarikh dan tempoh masa panggilan video berdasarkan kekosongan yang disediakan.

“Orang ramai boleh menghubungi PUSPEN berkaitan untuk mendapatkan maklumat lanjut dan maklumat seperti nombor telefon PUSPEN boleh didapati di laman web AADK di www.adk.gov.my,” ujarnya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here