416 ditahan Ingkar SOP PKP

0
2

Nilam Oshman

SERAMAI 416 individu ditahan kerana ingkar Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), semalam.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata daripada jumlah itu seramai 404 individu dikompaun dan 12 lagi direman.

Menurutnya, Task Force Operasi Pematuhan itu diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan melakukan 84,976 pemeriksaan semalam.

“Ia melibatkan 4,317 Pasukan Pematuhan yang terdiri daripada 19,133 anggota bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan SOP sepanjang PKP ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, beliau berkata, Ops Benteng semalam berjaya menahan 57 pendatang asing tanpa izin (PATI), dan sembilan tujuh kenderaan darat.

“Dalam operasi itu, sebanyak empat bot/kapal dan sebuah kenderaan darat turut dikesan di perairan negara melalui empat aktiviti penglihatan,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here