PKPD di 34 mukim di Selangor ditamatkan hari ini

0
1
Suasana hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Pangsapuri Sri Permai, Sungai Besi ketika tinjauan Malaysiapost hari ini.

KERAJAAN memutuskan untuk menamatkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di 34 mukim di Selangor berkuatkuasa hari ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata PKPD yang bermula 3 Julai lalu itu ditamatkan dalam mesyuarat Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini.

Beliau berkata, selain Selangor, PKPD turut ditamatkan di beberapa lokaliti membabitkan Sabah, Kedah, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan mengikuti tarikh yang ditetapkan.

Katanya, keputusan itu dibuat selepas meneliti pembentangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai situasi semasa dan bersetuju untuk tidak melanjutkan PKPD di kesemua mukim dan lokaliti terbabit.

“Penamatan PKPD juga membabitkan beberapa lokaliti lain termasuk di Kilang Jimat Jaya Sdn Bhd, Kawasan Industri Ringan Bukit Makmur dan Asrama Pekerja di Kuala Muda, Kedah, berkuatkuasa esok.

“PKPD di beberapa kawasan di Sabah termasuk di Kampung Pantai Emas, Kota Belud dan Kampung Iban Kuala Nansang di Tawau dan Kampung Babagon di Penampang turut ditamatkan esok,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Selain itu, beliau berkata, penamatan PKPD di Pulau Pinang membabitkan Taman Nagasari dan Mukim 6, Seberang Perai Tengah juga bermula esok.

Sementara, di Negeri Sembilan, penamatan PKPD di Taman Desaria akan dilaksanakan pada Ahad ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here