Ingkar SOP: 65 premis termasuk kilang diarah tutup

0
1
Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan mengetuai Operasi Pematuhan Akta 342 dan Akta 514 di Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd Puchong hari ini.

SEBANYAK 65 premis meliputi kilang, premis perniagaan dan tapak pembinaan diarahkan tutup kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dalam Operasi Pematuhan yang dijalankan semalam.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pasukan Task Force Operasi Pematuhan telah melakukan pemeriksaan ke atas 2,309 kilang, 14,237 premis perniagaan, 833 tapak pembinaan dan 322 asrama penempatan pekerja.

“Secara kumulatifnya, pasukan Task Force Operasi Pematuhan telah melaksanakan 84,976 pemeriksaan dan snap check Covid-19 di seluruh negara dengan jumlah kekuatan anggota seramai 19,133 orang,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sehubungan itu, beliau berkata, kerajaan telah mempertingkatkan penguatkuasaan secara menyeluruh dari segi pemeriksaan ke atas kilang-kilang dan premis-premis perniagaan.

“Ini kerana terdapat peningkatan insiden pelanggaran arahan kerajaan dan SOP yang telah diwartakan,” katanya .- Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here