Varian Delta cepat menular, jangkitan boleh berlaku dalam 15 saat

0
1
Dianggarkan seramai 2000 pDianggarkan seramai 2000 pesakit positif Covid-19 hadir ke Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) Stadium Melawati Shah Alam hari ini.esakit positif Covid-19 hadir ke Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) Stadium Melawati Shah Alam hari ini.

Nilam Oshman

PENINGKATAN kes harian Covid-19 bermula 26 Jun lalu berpunca daripada kebolehjangkitan varian Delta yang boleh berjangkit dengan cepat,” kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata, jika dilihat kebolehjangkitan varian Delta lebih tinggi berbanding varian biasa iaitu lima hingga lapan peratus.

“Ia bermakna jika 100 orang dijangkiti dalam tempoh masa terdekat, mereka pasti menjangkiti 500 hingga 800 individu.

“Dan kita dimaklumkan varian baharu ini jangkitan boleh berlaku dalam 15 saat sahaja dan juga risiko kebolehjangkitan di dalam komuniti,” katanya dalam sidang media mengenai perkembangan terkini Covid-19 hari ini.

Sehubungan itu, beliau berkata, tindakan yang perlu diambil adalah menggunakan kaedah kesihatan awam iaitu memakai pelitup muka dan elak tempat-tempat sesak serta mempercepat vaksinasi ke seluruh negara.

“Ini jelas kita lihat di Labuan, iaitu jangkitan varian Delta telahpun kita kenal pasti daripada jujukan genomik yang dijalankan.

“Justeru, langkah yang kita ambil untuk mengawal penularan varian itu adalah menggunakan cara kesihatan awam dan vaksinasi. Itu juga cara kita mengawal jangkitan wabak itu terutama Lembah Klang,” katanya.

Tambahnya, Kementerian Kesihatan (KKM) turut melihat peningkatan kes bukan hanya di Malaysia malah seluruh dunia terkesan dengan varian Delta iaitu di negara jiran termasuk United Kingdom.

“Ia kerana sekarang ini varian Delta adalah virus Covid-19 dominan menggantikan varian yang sedia ada,” katanya.

Semalam, KKM melaporkan sebanyak 27 kes varian Delta dikenal pasti menjangkiti rakyat Malaysia. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here