SAM sumbang pek makanan kepada ahlinya yang akan ke Tokyo

0
1

PERSATUAN Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) hari ini menyampaikan sumbangan pek makanan kepada 16 ahlinya yang akanbertugas membuat liputan Sukan Olimpik 2020 di Tokyo yang dijadualkan bermula minggu depan.

Ia sebagai tanda keprihatinan SAM terhadap ahlinya yang dijangka berdepan kesukaran untuk bergerak mencari makanan ketika berlangsungnya temasya sukan itu nanti berdasarkan situasi semasa Covid-19 ketika ini.

Menyedari kemungkinan masalah pergerakan terhad dan terkawal akan berlaku di Tokyo nanti, SAM menyediakan bekalan makanan kepada ahlinya, sekali gus dapat membantu melancarkan urusan tugasan mereka yangmencabar dalam temasya sukanantarabangsa terbesar itu nanti.

Sumbangan pek makanan tersebut berupa makanan serta minuman segera dan ia mudah dan cepat untuk disediakan.

SAM juga telah berhubung dengan pihakurus setia temasya Sukan Olimpikberkenaan jenis makanan yang dibenarkan untuk dibawa masuk ke negara matahari terbit itu.

“Walaupun ia sekadar sumbangan kecil, sekurang-kurangnya dapat membantu ahli yang mungkin berdepan kesukaran untukmencari bekalan makanan sepanjang diTokyo nanti.

“SAM berharap agar sumbangan tersebut dapat membantu mereka menjalankan tugas dengan lancar, sekali gus mengurangkan rasa bimbang untuk mencari bekalan makanan ketika menjalankan tanggungjawab dalam situasi sukar seperti ini,” jelas Setiausaha Agung SAM, Asan Ahad.

Beliau juga merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada beberapa individuyang tampil menyumbang pek makanankepada ahli SAM yang akan bertugas di Tokyo nanti.

Kumpulan media pertama dijangka berlepas ke Tokyo pada 17 Julai ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here