110 kes kematian dicatatkan hari ini

0
1
Jenazah covid-19 ditutup dengan keranda selepas dimasukkan ke dalam kubur di Tanah Perkuburan Batu 5 Jalan Ipoh.

SEBANYAK 110 lagi kematian dicatatkan hari ini menjadikan keseluruhan kes kematian akibat Covid-19 setakat ini adalah 6,613.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, melalui data dan infografik dikongsi di Facebooknya, berkata kes kematian terbaharu itu adalah membabitkan 95 warganegara dan 15 bukan warganegara.

“Ia melibatkan 45 kes di Selangor, disusuli Kuala Lumpur (23), Negeri Sembilan (11), Johor (7) dan Pahang (5).

“Manakala, masing-masing empat (4) kes di Kedah dan Sarawak, tiga kes di Melaka dan Kelantan, Sabah (2), serta satu kes di Pulau Pinang, Perak, dan Labuan,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan, jumlah kes yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah 885 dengan 432 pesakit Covid-19 memerlukan bantuan alat pernafasan.

“Sementara, kes baharu ialah 13,215 kes membabitkan 13,202 kes tempatan manakala 13 kes import,” katanya.

Beliau berkata, jumlah kes sembuh baharu ialah 6,095 menjadikan kumulatif kes sembuh hingga kini adalah 765,800 kes.

“Daripada jumlah keseluruhan 880,782, kes yang masih aktif setakat ini adalah 108,369,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here