22.2 juta rakyat Malaysia bakal terima Pfizer

0
1
Suasana ketika penerima-penerima vaksin hadir di Pusat Penerima Vaksin (PPV) IDCC Shah Alam. PPV IDCC Shah Alam dibuka hari ini selepas ditutup semalam berikutan kes positif Covid-19 melibatkan 204 petugas PPV IDCC Shah Alam.

SERAMAI 22.2 juta rakyat Malaysia akan menerima vaksin Covid-19 jenis Pfizer susulan kerajaan menambah 44.4 juta lagi bekalan dos vaksin terbabit.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan sesetengah negeri akan mula beralih kepada pemberian suntikan Pfizer berbanding yang lain termasuk Sinovac.

“Bekalan vaksin utama kita sekarang ialah Pfizer, jadi kita akan pertingkatkan vaksin jenis ini di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) seluruh negara,” katanya pada sidang media hari ini.

Terdahulu hari ini, Kelantan dilaporkan akan menamatkan pemberian vaksin Sinovac dan digantikan dengan Pfizer, bermula akhir bulan ini.

Perkara itu disahkan Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Datuk Dr Zaini Hussin yang berkata, pengagihan vaksin di semua Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di negeri itu akan ditamatkan pada hujung bulan ini.

Beliau berkata serentak dengan itu semua PPV hanya akan dibekal dengan dos kedua vaksin Sinovac, mulai 18 Julai ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here