Bunuh diri meningkat, Syafiq Kyle tekankan kesihatan mental ketika pandemik

0
2

BERIKUTAN peningkatan kadar depresi dalam kalangan masyarakat, pelakon Syafiq Kyle tidak menafikan jika dirinya juga boleh terjebak dengan masalah tekanan perasaan.

Ia berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berpanjangan bagi memerangi virus Covid-19.

Syafiq atau nama sebenar Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak, 29, bagaimanapun bersyukur kerana dikelilingi dengan individu yang mengambil berat terhadapnya.

Menurutnya, jika seseorang merasakan dirinya mengalami gangguan tekanan perasaan, maka segeralah mendapatkan bantuan.

“Sekarang ini berita bunuh diri dan tertekan banyak kita baca dan dengar. Kita tidak tahu sama ada diri sendiri mungkin akan mengalaminya. Saya tak terkejut kalau sendiri pun ada depresi.

“Tetapi Alhamdulillah, saya bersyukur sangat kerana ada rakan-rakan dan keluarga yang ambil peduli. Bagi mereka yang ada permasalahan tolong tanganinya.

“Bahkan kepada orang ramai berilah bantuan dan bukannya cakap kuatkan iman. Ini bukan soal iman, ini penyakit,” katanya dalam sidang media secara maya bagi drama terbaharu, Suara Hati.

Tidak mahu berdiam diri, Syafiq mengambil keputusan untuk lebih aktif di media sosial bagi memberi pendedahan dan kesedaran berkenaan masalah kesihatan mental.

Pelakon siri ‘Nur’ itu juga berkata semua perkara yang berlaku adalah di atas ketahanan mental individu, maka setiap orang harus berfikiran tenang dan jangan mudah hilang pertimbangan.

“Jagalah kesihatan diri, Insya-Allah segalanya akan dipermudahkan,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here