Kesetiaan ahli tonggak utama perjuangan Umno – Zahid

0
1

UMNO bukan sahaja semakin matang, malah memiliki pengalaman luas menghadapi pelbagai liku cabaran sebagai sebuah parti politik.

Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, selepas 75 tahun parti itu semakin matang menempuhi onak ranjau yang berada di hadapannya.

“Berpengalaman berpengetahuan, berkemahiran. Lebih penting Umno memiliki lebih banyak pengalaman dari pelbagai cabaran.

“Terutama selepas tiga tahun detik hitam 9 Mei 2018. Pelbagai ujian cabaran duri dan ranjau yang dilalui,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Bagaimanapun, Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk menegaskan, kesetiaan ahli Umno menjadi tonggak utama meneruskan sebuah perjuangan.

“Sekarang kita memahami aspirasi perlu dipenuhi. Insya-Allah Umno kembali sebagai teras pentadbiran.

“Akan sangat mantap menterjemah sanubari rakyat. Resam hidup yang telah dilalui membuatkan Umno lebih memahami.

“Kematangan Umno sebuah proses berterusan. Apabila diangkat semula, Insyallah, Umno jauh lebih hebat,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here