Rita dibidas kata vaksin tidak diiktiraf untuk tunai haji, umrah

0
2

PELAKON, Rita Rudaini dibidas kerana didakwa mengeluarkan kenyataan seolah-olah menggambarkan pihak berkuasa Arab Saudi tidak mewajibkan jemaah perlu divaksin sebelum menunaikan haji atau umrah.

Seorang bekas jururawat di Arab Saudi, berkata dia terkejut membaca jawapan Rita kepada seorang pengguna Instagram dan turut mendapat maklum balas daripada bekas rakan sekerjanya di negara itu.

“Rakan-rakan saya di Arab Saudi semua marah kerana mereka semua perlu mendapat vaksin apabila memohon permit menunaikan umrah.

“Hendak masuk pusat membeli belah pun kena tunjuk sijil vaksin, apatah lagi hendak menunaikan haji atau umrah,” katanya yang hanya mahu dikenali sebagai Mai.

Sementara itu, ada juga warganet turut meminta pihak berkuasa menyiasat kenyataan Rita kerana didakwa mengelirukan orang ramai.

Dalam satu tangkap layar disebarkan di media sosial, Rita yang dikenali dalam filem Mami Jarum Junior menjawab satu soalan daripada pengguna Instagram yang menyatakan orang ramai mengambil vaksin bukan semata-mata untuk melancong tetapi menunaikan haji atau umrah.

Rita menjawab umrah dan haji tidak mengiktiraf vaksin yang seolah-olah memberi gambaran seseorang tidak perlu divaksin bagi menunaikan ibadat di tanah suci itu.

Dalam jawapannya itu, Rita turut berkongsi rancangannya bekerjasama dengan sebuah pertubuhan bukan kerajaan untuk menggunakan Imervectin bagi merawat Covid-19.

Pada 20 April lalu, Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi mengumumkan jemaah umrah dari luar wajib mengesahkan sijil vaksinasi yang menunjukkan mereka sudah menerima suntikan vaksin Covid-19 di negara masing-masing.-Malaysiapost.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here