Lawatan Azmin ke Turki pula jadi kecoh

0
1

MENTERI Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang sering mendapat perhatian warganet sekali lagi menjadi tumpuan apabila dikatakan melancong bersama keluarganya dalam lawatan kerja rasmi ke beberapa negara ketika ini.

Tindakan itu dilihat tidak wajar kerana rakyat dan negara masih bergelut dalam memerangi pandemik Covid-19.

Beliau dikatakan melawat kawasan dan bangunan bersejarah di Turki selepas mengadakan lawatan kerja ke Qatar dan Austria.

Lawatan itu berjaya dikesan warganet di Instagram Turkey Local Guides, yang menyediakan perkhidmatan pemandu pelancong.

Media sosial itu menyiarkan gambar Menteri Kanan terbabit di Hagia Sophia, sebuah tempat bersejarah dan pelancongan yang terkenal di Istanbul, Turki.

“Dengan senang hati memandu lawatan Mr Muhammed Azmin Ali (Menteri Kanan Malaysia). Dia bersedia dan sabar untuk mendengar (mengenai) kisah sejarah Hagia Sophia,” katanya.

Akaun Instagram itu pada awalnya berkata ia menjadi pemandu pelancong untuk Azmin dan ‘keluarganya’, namun perkataan ‘keluarga’ itu kemudian dikeluarkan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here