Cef Wan bimbang pendatang asing masih bergerak bebas ketika PKP

0
2

SELEBRITI cef terkenal, Datuk Redzuawan Ismail meluahkan rasa kesal dengan lambakan warga asing yang bebas berkumpul dan beriadah ketika negara masih dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi memerangi virus Covid-19.

Beliau yang terkenal dengan panggilan Cef Wan menzahirkan perasaan bimbang setelah tular beberapa keeping foto memaparkan warga Bangladesh dan India yang bebas bergerak di sebuah kawasan di Meru, Klang.

“Banyak foto tular memperlihatkan ramai warga Bangladesh atau imigran berkumpul dan membeli-belah. Patutlah kes Covid-19 di kilang-kilang tinggi.

“Kebanyakan dalam kalangan mereka (imigran) tidak kisah sama sekali (perintah PKP). Nyawa mereka sangat murah. Tengok sahaja di negara masing-masing sama ada di India atau Bangladesh. Mereka lebih ambil berat (bimbang) untuk mencari sesuap nasi,” katanya di laman Instagram.

Cef Wan berkata, disebabkan mentaliti sebegitu maka tidak hairanlah jika warga asing kurang mengambil berat tentang situasi semasa Covid-19 yang sedang melanda negara.

“Mentaliti dan kepedulian mereka terhadap Covid-19 pun tidak sama seperti kita,” ujarnya.

Pada masa sama, Cef Wan turut mempersoalkan pemantauan pihak berkuasa di kawasan yang menjadi tumpuan warga asing.

“Mana pula polis atau askar di sekitar kawasan Meru, Klang ketika semua ini berlaku? Bukan senang nak jaga mereka pun,” katanya lagi.

Justeru, Cef Wan berharap agar perkara yang berkaitan dengan pendatang asing diambil serius oleh pihak berwajib dan tindakan ketat perlu diambil agar mereka tidak bergerak bebas sewenang-wenangnya.

“Kita semua nak mati berbulan-bulan sanggup berkurung dalam rumah. Bagaimana nak landaikan lekuk Covid-19 kalau begini sikap mereka,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here