Rindu, Ebit Lew sedang menghitung hari…

0
2

PENDAKWAH dermawan Ebit Lew sedang menghitung hari untuk kembali ke pangkuan keluarga.

Menerusi hantaran di Facebook, Ebit menggambarkan perasaan rindu kepada keluarganya setelah 52 hari berjauhan kerana menjayakan misi bantuan rakyat Palestin di Gaza baru-baru ini.

Beliau yang berjaya menyelesaikan misi bantuan itu, selamat pulang ke tanah air minggu lepas dan sedang menjalani tempoh kuarantin 14 hari di pusat kuarantin sebelum dibenarkan pulang ke rumahnya.

“Doakan ye. 52 hari berjauhan dengan keluarga. Hari ke 10 di kuarantin. Lagi 4 hari. Test covid syukur negatif.

“Rindunya pada keluarga. Rindu pada bapak. Rindu pada bidadari. Rindu pada anak-anak. Rindu sehingga terpaksa sorok air mata dan sebak masa video call keluarga. Simpan semua rasa dalam-dalam. Cuma senyum ketawa,” katanya.

Selain menzahirkan perasaan rindu pada isteri dan anak-anaknya, Ebit juga tidak sabar untuk turun ke padang membantu mereka yang sedang menghadapi kesukaran dalam kehidupan susulan pelaksanaan sekatan pergerakan penuh atau ‘lockdown’.

“I love you bidadariku. I love you Safiyyah, Rayyan,Qadeejah,Uqashah. Rindu berbakti di Malaysia tercinta. Meneruskan perjuangan. Setiap hari mendengar berita hati rasa resah. Tak sabar nak bantu.

“Ya Allah terimalah. Hanya RedhaMu yang kami harapkan. Jadikanlah sedikit usaha ini asbab kebaikan,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here