Saringan besar-besaran di PKPD punca kes Covid-19 meningkat

0
1
Petugas membawa alatan saringan Covid-19 di pekarangan Dewan Seri Siantan Sungai Tua hari ini.

UJIAN saringan besar-besaran di kawasan Perintah Kawalan Diperketatkan (PKPD) menjadi punca utama peningkatan mendadak jangkitan harian Covid-19.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata, dalam dua minggu ini kes positif Covid-19 akan meningkat tinggi di Selangor dan Kuala Lumpur kerana pihak berkuasa melakukan saringan di kawasan PKPD.

“Di Selangor dan Kuala Lumpur kita memilih untuk PKPD di kawasan yang luas dan lokaliti yang banyak.

“Apabila sesuatu kawasan diletakkan bawah PKPD, mass PCR testing akan dibuat. Ini bermakna puluhan ribu diwajibkan buat ujian saringan dua kali. Bacaan positif direkod dan diisytihar setiap hari.

“Justeru dalam dua minggu ini, jumlah kes positif akan naik tinggi. Lebih-lebih lagi di Wilayah Persekutuan kita memutuskan untuk menggempur tapak bina dan kongsi,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya.

Hari ini Malaysia mencatat kes harian Covid-19 paling tinggi sepanjang negara dilanda pandemik ini iaitu 9,180 kes dengan Selangor dan Kuala Lumpur masing-masing melaporkan 4,400 dan 1,271 kes.

Dalam pada itu Annuar menjelaskan, Kuala Lumpur akan mencapai ‘herd immunity’ dalam bulan Ogos ini.

“Pada masa sama, kita perhebatkan suntikan vaksin. Dalam masa dua minggu kita dijangka melepasi minima 50 peratus dua dos.

Pada ketika itu dijangka kes positif tahap 3, 4 berkurangan, manakala tahap 1 dan 2 tidak lagi berbahaya kepada mereka yang sudah ada immuniti.

“Kita yakin, Ogos adalah detik kita mula meraih kemenangan apabila Kuala Lumpur menjadi antara kota metropolitan terawal mencapai herd immunity 80 peratus telah divaksin,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here