JUMLAH kematian akibat Covid-19 menurun hari ini berbanding semalam apabila merekodkan 77 kes meskipun jangkitan harian melakar sejarah paling tinggi sepanjang negara dilanda pandemik iaitu 9180 kes positif.
Berdasarkan statistik Kementerian Kesihatan (KKM), Covid-19 telah meragut 5,980 nyawa penduduk di Malaysia manakala jumlah kumulatif dijangkiti wabak ini ialah 818,838.
Sebanyak 959 jumlah pesakit sedang menjalani rawatan di unit rawatan rapi (ICU) manakala 465 masih memerlukan bantuan alat pernafasan.
Statistik KKM juga merekodkan 5,713 pesakit sembuh hari ini menjadikan jumlah kumulatif yang sembuh ialah 731,193.
Semalam Malaysia mencatatkan jumlah kematian harian tertinggi dalam sehari akibat Covid-19 iaitu 135 kes.
Kes kematian kedua tertinggi yang pernah dicatatkan negara adalah pada 2 Jun lalu iaitu 126 kes. – Malaysiapost

