SEBANYAK 56 premis meliputi kilang, premis perniagaan dan tapak pembinaan diarah tutup kerana melanggar operasi prosedur standard (SOP) dan arahan kerajaan dalam Operasi Pematuhan yang dijalankan semalam.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pasukan Task Force Operasi Pematuhan melakukan pemeriksaan ke atas 2,568 kilang, 16,960 premis perniagaan, 900 tapak pembinaan dan 379 asrama penempatan pekerja.
“Secara kumulatifnya, pasukan Task Force Operasi Pematuhan melaksanakan 83,031 pemeriksaan dan snap check Covid-19 di seluruh negara melibatkan 20,311 anggota,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Sehubungan itu, kerajaan akan pertingkat penguatkuasaan secara menyeluruh dari segi pemeriksaan ke atas kilang-kilang dan premis perniagaan kerana terlalu banyak pelanggaran arahan kerajaan dan SOP yang telah diwartakan.- Malaysiapost

