Dipecat kerana tonton aksi England-Denmark

0
1

SEORANG wanita terpaksa menerima hakikat dirinya kehilangan pekerjaan kerana meraikan kejayaan England mara ke perlawanan akhir Euro 2020.

Bagaimanapun wanita Inggeris bernama Nina Farooqi, 37, tidak menyesal dibuang kerja oleh majikannya daripada terlepas detik manis berada di Wembley melihat England melakar sejarah kali pertama ke perlawanan akhir kejohanan utama sejak 1966.

Menurut Dailymail, Nina menipu majikannya dalam usahanya untuk ke Stadium Wembley bagi menyaksikan aksi separuh akhir antara England dan Denmark.

Dia mencipta alasan sakit bagi mengelak daripada bekerja di Yorkshire setelah rakannya menawarkan tiket perlawanan itu.

Namun, helah Nina akhirnya ‘kantoi’ apabila wajahnya meraikan gol penyamaan England terpampang di seluruh dunia menerusi televisyen.

Dia kelihatan girang bersama rakannya meraikan gol yang dijaringkan sendiri oleh ketua pasukan Denmark.

Bagaimanapun, Nina tidak menyedari aksinya itu ditonton majikannya yang turut menyaksikan perlawanan tersebut menerusi televisyen.

Keesokannya, ketika dalam perjalanan ke tempat kerja, Nina menerima satu panggilan telefon dari majikannya dan dia diberitahu bahawa tidak perlu datang kerja hari ini.

“Mereka lihat saya dalam perlawanan itu dan saya jujur dengan apa yang saya lakukan. Namun saya tidak mendapat simpati dan mereka kata itu kata muktamadnya.

“Ada sedikit rasa menyesal, tidak ada sesiapa yang ingin dipecat, tetapi saya juga akan menyesal jika tidak ke perlawanan tersebut.

“Emosi yang bercampur baur. Kami mara ke final, saya masih teruja tetapi saya juga kehilangan kerja,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here