ATM bina hospital medan di HTAR Klang

0
1

KERAJAAN bersetuju menubuhkan satu lagi Hospital Medan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang, kata Timbalan Perdana Menteri.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ia bagi menyokong kesiapsiagaan perkhidmatan kesihatan di Selangor seterusnya membantu Kementerian Kesihatan (KKM) menangani situasi pandemik Covid-19 di negeri itu.

Ini kerana katanya, sehingga kini, KKM mengesahkan purata kes harian di Selangor dalam tempoh 14 hari menunjukkan trend peningkatan secara mendadak dengan jumlah kluster yang semakin meningkat.

“Pada masa sama, ATM juga memberi jaminan sentiasa komited dan bersiap-siaga jika ada keperluan untuk membina hospital-hospital medan di negeri-negeri yang memerlukan khidmat sokongan kesihatan
dalam memastikan kesihatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia sentiasa dilindungi,” katanya.

Ismail Sabri berkata mesyuarat hari ini juga bersetuju untuk mewujudkan Hospital Medan ATM di Melaka untuk menyokong sistem perkhidmatan kesihatan di negeri tersebut ketika ini.

ATM katanya, akan berbincang lebih lanjut bersama KKM untuk memperincikan semua keperluan bagi menentukan pembukaan
hospital medan ATM di negeri itu dalam masa terdekat. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here