Sabah pula beralih ke Fasa Dua PPN

0
1

SABAH menjadi negeri ketujuh beralih ke Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) mulai 10 Julai ini, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Timbalan Perdana Menteri berkata ia dipersetujui Majlis Keselamatan Negara (MKN) berdasarkan pencapaian nilai ambang
tiga indikator utama yang telah ditetapkan.

“Peralihan bagi fasa PPN bagi negeri Sabah akan berkuatkuasa mulai 10 Julai 2021,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Sebelum ini enam negeri telah beralih ke Fasa Dua iaitu Perlis, Perak, Pahang, Terengganu, Kelantan dan Pulau Pinang. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here