Ahli-ahli Parlimen BN sokong PM, bela rakyat

0
1

AHLI-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) hari ini membuat keputusan untuk kekal menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) demi membela rakyat.

Menurut kenyataan dikeluarkan, pendirian itu berdasarkan keputusan Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno malam tadi, di mana Ahli-ahli Parlimen diberi kebebasan untuk menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri atau sebaliknya dan jika berlaku sebarang pengundian dalam sesi Parlimen pada 26 Julai hingga 2 Ogos ini.

“Apa yang menjadi keutamaan Ahli-ahli Parlimen pada waktu ini adalah usaha memastikan agenda Pelan Pemulihan Negara (PPN) dapat direalisasikan dengan keyakinan bahawa rakyat akan kembali menjalani kehidupan normal seperti sebelum Pandemik Covid-19,” katanya.

Menurut kenyataan itu, dalam keadaan negara sedang berhadapan krisis kesihatan dan ekonomi, kelangsungan hidup rakyat jauh lebih penting daripada percaturan parti-parti politik.

“Sehubungan itu, Ahli-ahli Parlimen menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Perdana Menteri untuk meneruskan agenda membela rakyat,” katanya. – Malaysiapost

Artikel berkaitan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here