Peguam Negara guna budi bicara, bukan undang-undang

0
1
KUALA LUMPUR, 2 Nov -- Ahli parlimen Langkawi, Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika hadir Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-14 di Bangunan Parlimen hari ini. --fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

TUN Dr Mahathir Mohamad menyifatkan kenyataan Peguam Negara, tidak adil kerana mempertahankan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri, walaupun terbukti hilang majoriti sokongan Ahli Parlimen.

Bekas Perdana Menteri itu berkata Muhyiddin juga menggunakan cara yang sama untuk menjadi Perdana Menteri, iaitu tidak mendapatkan persetujuan daripada semua wakil rakyat khususnya dari Bersatu.

Sehubungan itu, Dr Mahathir mempersoal mengapakah langkah dibuat Umno yang menarik sokongan terhadapnya kini menjadi tidak relevan pula.

“Kerana penjelasan ini, kami ingin beritahu bahawa di waktu Muhyiddin mendakwa beliau dapat sokongan majoriti, dia juga tak ambil persetujuan daripada tiap-tiap wakil rakyat, khususnya dari bersatu.

“Dari Bersatu, enam orang kami tak sokong, tapi dimasukkan juga seolah kami sokong. Jadi ini satu pembohongan. Jika kenyataan dibuat oleh kenyataan parti tak boleh diterima, sepatutnya kenyataan Muhyiddin tak diterima,” katanya dalam sidang media secara dalam talian hari ini.

Disebabkan itu, Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, Muhyiddin diisytihar sebagai Perdana Menteri kerana hanya kenyataan dibuatnya melalui parti tanpa persetujuan Ahli Parlimen.

Justeru, Dr Mahathir mempersoalkan tindakan Peguam Negara yang menggunakan budi bicara tanpa menggunapakai cara yang betul iaitu undang-undang.

“Itu nampak undang-undang ini dia berjalan kaki kiri kaki kanan pun dia tak tahu. Ada kala kaki kiri adakala kaki kanan, dan Peguam Negara bergantung pada undang-undang, kerana undang-undang ini ditafsir dan dikuatkuasakan mengikut budi bicara bukan mengikut undang-undang,” katanya.

Terdahulu, Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun berkata dari segi undang-undang, Perdana Menteri dan jemaah menteri sedia ada masih kekal untuk terus menjalankan kuasa eksekutif persekutuan

Ia berdasarkan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan, penentuan sama ada seseorang itu mendapat kepercayaan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat hendaklah ditentukan oleh mereka sendiri, bukan kenyataan media parti atau pemimpin politik. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here