19 kluster tempat kerja direkodkan hari ini

0
1
Kelihatan seorang pekerja pembinaan bekerja di bawah matahari yang terik.

Nilam Oshman

SEBANYAK 19 daripada keseluruhan 29 kluster yang direkodkan hari ini membabitkan tempat kerja, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur merekodkan kluster tempat kerja tertinggi iaitu lima kluster.

Ia membabitkan Jalan Radin Dua, Jalan Medan Putra, Taman Perusahaan, Tapak Bina Jalan Sri Permaisuri dan Putra Dua.

Kluster tempat kerja di negeri lain yang dicatatkan hari ini adalah empat di Selangor dan masing-masing tiga di Negeri Sembilan dan Johor serta dua di Pahang dan satu di Kelantan, Perak dan Kedah.

Selain itu, beliau berkata, terdapat lapan kluster berkaitan aktiviti komuniti membabitkan dua di Sabah dan Kelantan serta masing-masing satu di Sarawak, Labuan, Perak dan Kuala Lumpur.

“Turut direkodkan ialah satu kategori Kluster Kumpulan Berisiko Tinggi iaitu di Muar, Johor (Kluster Jalan Ria) dan satu kategori Institusi Pendidikan Tinggi di Sepang dan Petaling, Selangor melibatkan Kluster Jalan Jenderam Hulu,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, secara keseluruhan sejak pandemik bermula terdapat 2,999 kluster Covid-19 di negara ini.

“Jumlah kluster yang sudah tamat adalah 2,144, manakala jumlah kluster aktif dengan kebolehjangkitan membabitkan 855 kluster,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here