8,868 kes hari ini, kedua tertinggi sejak wabak melanda

0
1

Nilam Oshman

MALAYSIA mencatat kes harian Covid-19 melebihi angka 8,000 hari ini apabila 8,868 kes baharu direkodkan berbanding 7,097 semalam.

Angka itu adalah kedua tertinggi pernah direkodkan di Malaysia sejak wabak Covid-19 melanda negara.

Kes tertinggi yang pernah dicatatkan adalah 9,020 kes pada 29 Mei lalu, iaitu sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh atau Total Lockdown dilaksanakan.

Berdasarkan data dikongsi di Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini, jumlah keseluruhan kes Covid-19 di Malaysia juga telah melepasi 800,000 iaitu 808,658 kes.

Selangor terus mencatatkan kes harian tertinggi iaitu 4,152 kes, dikuti Kuala Lumpur (1,133), Negeri Sembilan (897), Perak (543), Kedah (360), Johor (336), Sarawak (281), Sabah (279) dan Pulau Pinang (237).

Melaka pula mencatatkan 183 kes, dikuti Pahang (152) dan Kelantan (135).

Manakala, Terengganu (68), Labuan (64), Putrajaya (47) kes serta satu kes di Perlis. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here