135 kematian, tertinggi pernah direkodkan

0
1
Jenazah covid-19 dibawa oleh petugas-petugas Bilik Mayat HKL ke van jenazah dan dibawa ke tanah perkuburan.

MALAYSIA mencatatkan jumlah kematian harian tertinggi dalam sehari akibat Covid-19 iaitu 135 kes hari ini.

Kes kematian kedua tertinggi yang pernah dicatatkan negara adalah pada 2 Jun lalu iaitu 126 kes.

Menurut infografik dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), angka itu sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kematian setakat ini adalah 5,903.

Sementara, jumlah kes yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah 952 dengan 445 pesakit Covid-19 memerlukan bantuan alat pernafasan.

Dalam pada itu, sebanyak 5,802 kes sembuh direkodkan hari ini, menjadi jumlah keseluruhan kes sembuh setakat ini adalah 725,480.

Bagaimanapun, kes harian Covid-19 melebihi kes sembuh iaitu 8,868 yang membabitkan 8,856 kes tempatan dan 10 kes import.

Jumlah kes aktif Covid-19 adalah 77,275 di seluruh negara dan sehingga hari ini, sebanyak 808,685 jumlah kes keseluruhan jangkitan wabak itu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here