Ingkar SOP: Polis selesai rakam keterangan Mahfuz

0
1

POLIS sudah merakam percakapan 13 individu, termasuk Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar semalam.

Ia bagi membantu siasatan berhubung dakwaan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) oleh Naib Presiden Parti Amanah itu ketika menyampaikan bantuan kepada penduduk Sabtu lalu, lapor Harian Metro.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata selain Mahfuz, polis mengambil keterangan pengadu, pemberi maklumat dan beberapa individu dalam gambar yang tular.

“Kami akan menyerahkan kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut, termasuk melakukan pendakwaan mahkamah.

“Mahfuz memberi kerjasama baik dan percakapan beliau diambil sekitar jam 5.30 petang sehingga 7.30 malam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar semalam.

“Sebahagian individu lain pula hadir memberi keterangan di Balai Polis Langgar bermula jam 9 malam tadi hingga selesai,” katanya.

Ahmad Shukri berkata, beberapa individu terbabit, termasuk setiausaha Ahli Parlimen itu dan penduduk kampung hadir dalam program bantuan tersebut pada 2 Jun lalu.

“Berdasarkan keterangan, program itu tidak dirancang dan beliau (Mahfuz) menerima panggilan daripada penduduk kampung untuk mendapatkan bantuan menyebabkan beliau terus hadir.

“Bagaimanapun, ada individu dikatakan merakam gambar untuk tujuan simpanan, tetapi tersebar di laman sosial dan dia (Mahfuz) mengaku ia memang berlaku,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here