Tunggu dan lihat keputusan MKT malam ini – Najib

0
1

DATUK Seri Najib Razak berkata pelantikan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kanan adalah di bawah bidang kuasa khusus Perdana Menteri.

Beliau berkata bidang kuasa itu sama juga seperti pelantikan menteri-menteri yang lain.

Sehubungan itu beliau mengucapkan tahniah kepada dua pemimpin Umno, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang masing-masing dilantik Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kanan Luar Negeri.

“Ingat ada pengumuman baik untuk keadaan Covid, moratorium yang lebih membebankan peminjam atau penambahan i-Citra tapi dapat pengumuman TPM dan Menteri Kanan baru pula.

“Seperti bagi menteri-menteri, pelantikan baharu ini bawah bidang kuasa khusus PM8. Tahniah diucapkan kepada DS Ismail Sabri Yaakob dan DS Hishammuddin Hussein,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya.

Ahli Parlimen Pekan itu bagaimanapun berkata semua pihak perlu menunggu keputusan Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno malam ini.

“Apapun, kita tunggu dan lihat apa keputusan Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO malam ini,” katanya.

MKT Umno dilapor akan mengadakan mesyuarat secara maya malam ini bagi membuat keputusan sama ada kekal atau meninggalkan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Mesyuarat itu dijangka memberi tumpuan kepada usaha membawa keluar Umno daripada PN bagi membolehkan sebuah kerajaan baharu dibentuk yang dinamakan Jajaran Harapan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here