MCA sambut baik pelantikan Ismail Sabri, Hishammuddin

0
1

MCA menyambut baik pelantikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Timbalan Perdana Menteri dan akan terus bekerjasama dengan kerajaan untuk fokus memerangi krisis kesihatan dan membantu rakyat.

Setiausaha Agung MCA, Datuk Chong Sin Woon berkata MCA turut mengalu-alukan dan menyokong pelantikan Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai Menteri Kanan yang turut mengetuai Kluster Keselamatan.

“Pelantikan ini pastinya akan memperkukuhkan lagi pentadbiran kerajaan.

“Ismail Sabri dan Hishammuddin merupakan pemimpin yang berpengalaman luas. MCA yakin kedua-dua pemimpin ini dapat memberi sumbangan yang memanfaatkan rakyat serta negara,” katanya menerusi kenyataan.

Sin Woon berkata MCA akan terus bekerjasama erat kedua-dua pemimpin serta semua anggota Kabinet untuk memberi tumpuan sepenuhnya dalam usaha memerangi pandemik Covid-19, memulihkan semula ekonomi negara dan membantu rakyat berdepan waktu sukar.

Terdahulu Pejabat Perdana Menteri mengumumkan pelantikan kedua-dua pemimpin Umno itu yang berkuatkuasa serta-merta. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here