Saya cuba bantu seramai mungkin – Najib

0
1

BEKAS Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menzahirkan rasa sedih dan marahnya terhadap nasib yang dialami rakyat ketika ini susulan pandemik Covid-19.

Ahli Parlimen Pekan itu, berasa sedih apabila membaca mengenai penderitaan rakyat di media sosial dan berasa marah kerana kerajaan dilihat seolah-olah tidak mempedulikan nasib rakyat.

“Semakin sedih membaca mesej-mesej di media sosial dalam tempoh yang susah ini.

“Saya cuba bantu seramai mungkin tapi saya juga ada hadnya. Geram betul.

“Semakin marah saya apabila lihat keadaan negara semakin parah tapi pemerintah dan menteri-menteri hanya lebih pentingkan kuasa,” luahnya dalam satu hantaran di laman Facebook hari ini.

Beliau turut berkongsi tangkap layar mengenai nasib dialami oleh seorang lelaki yang mengatakan kini berada dalam tekanan kerana hilang pekerjaan serta hutang semakin bertambah selain menanggung tunggakan bil elektrik kerana tidak mampu membayarnya.

Lebih menyedihkan apabila lelaki berkenaan seperti sudah putus asa kerana turut mengalami tekanan daripada isteri serta ahli keluarga yang lain tidak dapat membantu, selain mempunyai anak yang perlu dibesarkan.

Hari ini, Malaysia mencatatkan kes harian Covid-19 melebihi angka 7,000 dengan 7,654 kes dilaporkan sekali gus menjadikan keseluruhan kes setakat ini adalah 792,693 kes.

Sementara, 103 kes kematian direkodkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kematian sejak wabak itu melanda negara adalah 5,677 kes. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here