Orang Asli parah diserang ‘Pak Belang’

0
1

SEORANG lelaki Orang Asli parah akibat diserang harimau di kebunnya di Kampung Badak, Pos Bihai,Gua Musang, Kelantan petang semalam.

Anak mangsa, Kenwak Adin, 25, berkata dia terkejut selepas melihat bapanya Adin Andok, 45, pulang ke rumah dalam keadaan berlumuran darah.

“Saya terkejut melihat bapa pulang dalam keadaan berlumuran darah, selepas dicakar harimau,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, mangsa cedera parah di kepala, perut, mata kiri, bahu dan lengan kiri dicakar harimau ketika dia ke kebun tidak jauh dari rumahnya seorang diri.

Kenwak berkata, bapanya yang menjerit meminta tolong dengan badan berlumuran darah dan mata separuh tertutup.

“Saya minta bantuan penduduk kampung untuk melaporkan kejadian itu kepada Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) kerana keadaan bapa tenat,” katanya.

Kenwak berkata, bapanya selalu pergi ke kebun ubi kayu seorang diri dan tidak pernah terserempak dengan harimaut.

“Mujur JAKOA dan pasukan perubatan dari Hospital Gua Musang cepat bertindak mengambil bapa menerima rawatan,” katanya.

Sementara itu, Pembantu Pembangunan Masyarakat Unit Kesihatan dan Kebajikan JAKOA Gua Musang, Mohd Syakirin Ramli berkata, pihaknya menerima maklumat itu jam 6 petang.

Katanya, enam petugas kesihatan bersama seorang doktor serta pegawai JAKOA bergegas ke lokasi dan tiba jam 12 tengah malam di Pos Bihai.

“Keadaan mangsa parah dan banyak darah keluar. Mangsa dihantar ke hospital menggunakan kenderaan pacuan empat roda.

“Alhamdulillah, mangsa berjaya dalam keadaan stabil selepas menerima rawatan. Adin dirujuk ke Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai untuk rawatan lanjut,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here