Mahkamah telah pisahkan perkahwinan adik beradik sebapa

0
1
kahwin cerai

KES pasangan suami isteri adik beradik yang tular di media sosial telah lama selesai selepas ikatan pernikahan itu difaraq atau dipisahkan oleh pihak mahkamah.

Peguam Syarie dan Konsultan Perundangan Islam, Fahmi Ramli berkata, perkahwinan berkenaan disebut nikah fasid iaitu pernikahan yang tidak memenuhi syarat-syarat sah bernikah mengikut hukum syarak.

“Tambahan pula ibu mertua wanita tersebut sudah melakukan pengesahan nikah, manakala mahkamah telah mengesahkan nikah tersebut dan suami wanita itu merupakan anak lelaki yang sah kepada bapa bersama ibu mertuanya.

“Kes ini sebenarnya berlaku sekitar 2017 atau 2018. Seingat saya prosesnya agak cepat hanya melibatkan empat sesi mahkamah termasuk ketika tarikh sebutan kes, perbicaraan, hujah dan keputusan,” katanya dipetik Kosmo hari ini.

Tambah Fahmi, pemfailan cerai yang biasa atau lafaz talak tidak terpakai kepada pasangan berkenaan kerana pada asasnya pernikahan mereka tidak sah.

Semalam, hantaran Fahmi mengenai kisah seorang wanita berkahwin dengan abangnya tular di laman Facebook dan dikongsi wargenet lebih 2,000 kali.

Pasangan itu tidak menyedari mereka adik beradik apabila bapa mereka telah bernikah secara rahsia di Thailand. – Malaysiapost

Foto Kredit: Isma Web

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here