Nurul Huda Abhar
BIARPUN sebelum ini namanya terpalit dengan kontroversi sensasi, itu tidak menjadi penghalang pendakwah selebriti, Da’i Syed untuk turut sama menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Da’i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful menerusi video berdurasi 1 minit 16 saat yang dimuat naik di Facebook kelihatan sedang mengagihkan makanan kepada mahasiswa yang terkandas di universiti.
“Alhamdulillah , dapat berkongsi rezeki kepada pelajar-pelajar yg tersadai di universiti tak dapat pulang ke kampung halaman akibat PKP . Semoga mereka terus tabah,” katanya dalam hantaran itu.
Dalam pada itu, pelantun lagu ‘Ya Habib’ itu juga tidak ketinggalan memberikan makanan kepada barisan hadapan yang bertugas di sekatan jalan raya.
“Dan sempat singgah juga hantar makanan tengah hari kepada barisan frontliner kita yg bertungkus lumus menjaga kita . Semoga Allah redha , Amin,” ujarnya.
Menerusi video yang dimuat naik, peminat tidak melepaskan peluang untuk bergambar dengan pendakwah selebriti itu semasa beliau menyampaikan bantuan makanan. – Malaysiapost

