Kes sporadik Covid-19 meningkat, Malaysia melalui fasa kritikal

0
1

MALAYSIA sedang melalui fasa yang sangat kritikal melawan Covid-19 berikutan banyaknya kes-kes baharu dan kematian diklasifikasikan sebagai kes sporadik.

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) dalam kenyataan di Facebook berkata, menurut Ketua Pengarah Kesihatan, kes sporadik merujuk kepada kes-kes jangkitan yang dikesan dalam komuniti dan tidak dapat dikaitkan dengan mana-mana kes atau kluster sedia ada.

Justeru, DPMM berkata, natijahnya adalah kesukaran untuk mengesan punca jangkitan dan menyukarkan implementasi langkah kawalan penularan.

“Namun, bukan Malaysia sahaja yang yang berhadapan dengan situasi ini, baru-baru ini, negara-negara lain juga turut mencatatkan peningkatan kes yang juga merupakan kes-kes jangkitan sporadik,” katanya.

Menurut kenyataan itu, pada masa ini kes sporadik di Malaysia adalah tinggi dan pengawalan merupakan antara langkah yang terpenting dalam mengekang penularan.

“Kes-kes jangkitan daripada kluster yang telah dikenalpasti boleh mampu dikawal dengan pelaksanaan kuarantin dan juga pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) untuk mengelakkan virus keluar daripada satu-satu lokaliti berkenaan.

“Ayuhlah kita bersama-sama berusaha mengawal penularan dengan mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana pelaksanaan dan pematuhan PKP yang berkesan bakal mengurangkan penularan wabak,” katanya.

Minggu lalu, kerajaan mengumumkan PKPD di beberapa mukim di Selangor dan lokaliti tertentu di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur selama 14 hari bermula Sabtu lalu sehingga 16 Julai depan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kedua-dua negeri itu menunjukkan trend jangkitan tinggi, dengan Selangor melaporkan purata kes harian Covid-19 antara 1,800 ke 1,900. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here