Belum ada pampasan dibayar akibat kesan sampingan vaksin

0
1

SETAKAT ini dana daripada Tabung Bantuan Mudarat Vaksin Covid-19 belum digunakan lagi bagi membayar pampasan kepada penerima vaksin, sama ada membabitkan kesan sampingan atau kes kematian.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata berdasarkan rekod sebanyak 18.6 maklum balas kendiri berhubung kesan sampingan susulan imunisasi (AEFI) diterima melalui aplikasi Mysejahtera bagi setiap 1,000 dos vaksin yang diberikan.

Beliau berkata, antara kesan yang dilaporkan penerima vaksin adalah sakit tempat suntikan, sakit kepala dan keletihan yang sering dialami.

“Melalui sistem pemantauan AEFI oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) sebanyak 1.4 laporan diterima bagi setiap 1,000 dos.

“Daripada jumlah itu hanya 0.07 diklasifikasi sebagai serius yang memerlukan rawatan lanjut serta kemasukan ke hospital, dengan sebahagian besarnya dimasukkan untuk jangka pendek sahaja.

“Setakat ini, belum ada penggunaan dana Tabung Bantuan Mudarat Vaksin Covid-19 untuk diberikan kepada mereka yang menerima kesan atau mudarat vaksin di negara kita,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here