Op Patuh: 250 premis ditutup, 1,919 kompaun dikeluarkan

0
1

SEBANYAK 250 premis perniagaan telah diarahkan ditutup sepanjang Pemeriksaan Op Patuh yang berlangsung 10 hari sejak 25 Jun lalu.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, Op Patuh yang dilakukan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) bersama agensi kerajaan berakhir semalam dan merekodkan 1,919 saman kompaun dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.

Secara keseluruhannya, katanya, Op Patuh telah membuat 202,591 pemeriksaan iaitu 25,651 terhadap sektor perkilangan, 6,258 di tapak pembinaan, 1,053 di asrama penginapan pekerja dan 169,269 di premis perniagaan.

“Op Patuh telah membentuk 5,366 pasukan yang melibatkan 23,855 terdiri daripada pegawai dan anggota PDRM dan agensi kerajaan,” katanya menerusi kenyataan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here