Operasi pejabat kerajaan 5 negeri secara hibrid

0
2
kaunter kerajaan. kredit: Car Sifu

PENGOPERASIAN pejabat kerajaan bagi negeri-negeri yang telah beralih ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) akan terus dilaksanakan secara hibrid melalui keberadaan di pejabat dan Bekerja Dari Rumah (BDR).

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata pengoperasian itu akan menggunakan pendekatan berikut:

a) kehadiran di pejabat tidak melebihi 40% bagi keseluruhan (tidak termasuk perkhidmatan frontiners, keselamatan, pertahanan dan penguatkuasaan) dan 60% BDR secara penggiliran;

b) Semua mesyuarat dan perbincangan dilaksanakan secara dalam talian melalui medium yang selamat dan terjamin kerahsiaan;

c) Perkhidmatan kaunter adalah dibuka dan tertakluk seperti mana arahan pada 29 Jun 2021;

d) Kehadiran ke pejabat perlu disertai dengan dokumen arahan rasmi dan pas pekerja; dan

e) Mematuh prosedur operasi standard (SOP) berkaitan Covid-19 yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM).

“Arahan ini terpakai bagi mana-mana negeri yang beralih ke PPN Fasa Dua,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Semalam, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak dan Perlis telah mencapai nilai ambang ditetapkan, seterusnya akan beralih ke Fasa 2 PPN berkuatkuasa esok. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here